10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia | Contest SEO dengan keyword 10 Blogger Terbaik Malaysia ini terbuka kepada semua blogger yang bertanding di carian google search engine. Jom terjah blogger-blogger famous ni. Semua 10 bloggger terbaik Malaysia ini adalah pilihan berdasarkan pemerhatian aku sendiri dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak.


10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia


1. beautifulnara.com
Sebuah blog yang berkisarkan gosip semasa artis malaysia dengan isu hangat yang sememangnya menjadi buah mulut orang ramai. Klik sahajalah pada mana-mana entri yang ditulis oleh Abang Nara, pasti ada sahaja pengkomen setia. Blog ini bagi aku adalah yang paling terbaik dan pernah beberapa kali memenangi anugerah seperti carian google terbanyak,blog of the year dan banyak lagi.

2. Denaihati.com
Satu lagi blog yang mendapat bilangan pembaca yang begitu meluas sehingga ke nusantara! Denaihati Network merupakan satu jaringan yang besar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan berlangsungnya Sepetang Bersama Blogger baru-baru ini, jelas menunjukkan Denaihati adalah blog yang sangat berpengaruh di Malaysia sekarang.

3. Forblogger.net
Blog yang mendapat perhatian google engine, dengan pagerank 4 yang diperoleh dalam masa yang singkat, jelas sekali pemilik forblogger.net ini adalah master dalam mengkaji bidang SEO dan Algorithm google yang sentiasa update saban tahun. Dengan kepakaran yang dimilikinya juga, maka terhasil lah satu template thesis untuk platform blogspot dan terbukti berkesan dalam pencarian puncak google engine.

4. AkmaOmar.com
Blog yang menceritakan akan perihal kehidupan seharian beliau dengan isi-isi yang menarik. Walaupun aku jarang berhubung dengan pemilik blog ini tetapi dari segi keakraban yang ditunjukkan kepada blogger di sekelilingnya adalah sangat bagus! Melalui pembacaan di blognya, aku dapat rasakan yang pemilik blog ini selalu berjalan ke sana sini malah keluar negara, sesuai dengan taglinenya " Life Is About The Journey You Create Without Notice"

5. Yuyu Zulaikha
Pemilik blog si cilik ayu ini sangat bersahaja dalam penulisannya. Dengan isi-isi yang sangat padat dengan cerita dongeng nya, Yuyu adalah seorang blogger yang menampilkan ciri-ciri seorang blogger yang berkhemah dan bersifat keanak-anakan sebenarnya itu lebih menjadikan dirinya mudah didekati oleh pembaca blognya. 

6. Amanz.my
Blog informasi terkini tentang gadget, Android dan juga barangan berteknologi tinggi seperti Apple dan sebagainya. Amanz.my telah menjadi satu medium utama kepada penggemar gadget terkini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu applikasi dan berita terkini. amanz.my juga telah menjadi satu-satunya blog teknologi terkini berbahasa melayu yang pertama sehingga laman web ini mengisi ruang majalah dan juga pernah muncul di televisyen.

7. Affanruslan.com
Seorang theme designer yang professional dipenuhi dengan ciri-ciri sempurna sesebuah blog. Beliau juga merupakan pemilik bersama busuk.org yang telah menjadi antara pingsite yang popular di Malaysia sehingga ada yang menggelar sudah mencapai tahap search engine baru di Malaysia. Dengan entri yang tidak putus-putus daripada blogger lain, jelas Affan seorang yang blogger yang hebat!

8. Ariffshah.com
Sejujurnya aku tidak pernah beramah-mesra dengan beliau tetapi aku juga merupakan silent reader yang selalu menerjah blog beliau. Beliau selalu berkongsi tips mempelajari SEO dan juga sudah menghasilkan Ebook tentang bagaimana untuk meningkatkan trafik blog dengan SEO. Beliau juga merupakan penulis di denaihati.com bagi berkongsi idea dengan pembaca denaihati.

9. benashaari.com
Daripada seorang blogger biasa menjadi LUAR BIASA! Ben Ashaari ini sejak dari awal pembangunan blog ini sudah aku perasan apabila seringkali ping entri beliau di mana-mana pingsite dan pernah aku terbaca entrinya yang bertajuk "entri ke 14 hari ini!" Beliau sangat cekal pada peringkat awal sehingga ramai yang menjadi followers blog beliau dalam masa yang sangat singkat! Kini, beliau menjadi blogger sepenuh masa dengan masanya diisi dengan menjaga dan membesarkan anaknya.

10. broblogger.net
Ini adalah blog kesayangan aku sejak dari awal aku mula berblogging. Bermula dari sekolah menengah apabila sahabatku mengajak untuk berblog dan buat duit dengan Nuffnang, lama kelamaan aku sudah jatuh hati dengan blog ini. Namun, pembangunan blog ini tidak konsisten sejak aku sambung belajar kerana kesibukan masa. daripada domain khairulasrol.blogspot.com, aku telah membeli domain broblogger.net ini pada awal tahun 2012 dengan harapan aku membawa sesuatu yang baharu kepada blog ini dengan sokongan blogger-blogger yang lain.


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?