Surat Palsu Perdana Menteri, Pelajar UIAM Buat Hal! | Aku terbaca satu artikel menarik di internet berkaitan isu surat palsu yang kononnya ditandatangan oleh Perdana Menteri. Surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah ditandatangani Perdana Menteri itu digunakan untuk meraih undi pilihanraya kampus kali ini.
Cuba kita fikir secara logiknya, seorang pemimpin yang mempunyai kuasa untuk memberikan sesuatu jawatan perlu menghantar sepucuk surat sedangkan beliau boleh melakukannya dengan hanya satu panggilan telefon?
Mengikut sumber yang diperoleh, katanya surat itu ditulis oleh budak-budak hingusan dengan alasan untuk meraih undi dalam pilihanraya kampus? Tak kurang jugak yang mengaitkan dengan pengaruh Anwar Ibrahim dalam kalangan mahasiswa UIAM ini.
Aku tidak suka bercakap sangat berkaitan politik ini tetapi jika benar apa yang dikatakan itu, mahasiswa Pro-Pembangkang ini tidak malukah menggunakan nama Perdana menteri untuk mendapatkan kerusi?
Kalau dilihat dengan lebih teliti, apabila kes seperti ini telah dibuktikan dan surat itu ternyata palsu, aku rasa hal ini akan menjadikan Pakatan mereka di universiti itu akan terus merudum dengan reputasi pemalsuan surat seperti ini.
Surat Palsu Perdana Menteri, Pelajar UIAM Buat Hal!
Admin0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Bagaimana Pula Pandangan Anda?