Dividen Tabung Haji Tinggi Tahun 2012

Lembaga Tabung Haji (LTH) dijangka dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.
Lembaga Tabung Haji

Ini mencerminkan usaha keras lembaga tabung haji untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi dengan mereka, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismee Ismail.

Beliau memberitahu baru-baru ini bahawa LTH akan memastikan semua pelaburan yang dibuat akan membuahkan hasil bagi mereka dan pendeposit mereka pada penghujung harinya kelak.



Pada Februari 2012, terdapat seramai 6.9 juta pendeposit dalam Tabung Haji. Pulangan tinggi daripada pelaburan telah membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza.

Tahun ini, subsidi bagi setiap jemaah telah meningkat kepada RM5,175 daripada RM4,320 tahun lepas disebabkan peningkatan kos penginapan, pengangkutan dan kos berkaitan, namun pendeposit LTH yang mengerjakan haji kali pertama dikenakan bayaran RM9,980 bagi pakej haji, kadar yang tidak pernah berubah sejak 2009.

Pelaburan hartanah Tabung Haji di Mekah juga merupakan strategi jangka panjang untuk mengurangkan kos mengerjakan haji kerana ia boleh menggunakan pulangan daripada pelaburan sebagai subsidi silang.

Mengenai cadangan penjualan 95 peratus pegangan Tabung Haji dalam On PT TH Indo Plantations yang bernilai RM3 bilion, pembeli telah diberikan tempoh sehingga akhir Ogos untuk menyiapkan proses kajian terperinci.

LTH pertama kali membeli pegangan itu pada 1997 dengan harga antara RM800 juta hingga RM1 bilion. Unit di Indonesia itu memiliki tanah perladangan seluas 83,879 hektar di Riau, Sumatra, daripada jumlah simpanan tanah LTH sebanyak 210,000 hektar.

Menerusi hasil itu, LTH merancang meningkatkan kepentingannya dalam perladangan dan menyasar Malaysia dan Indonesia bagi kemungkinan pelaburan baru.

Tabung Haji juga mempunyai enam lagi anak syaikat milik penuh dalam sektor perladangan -- TH Agro Sdn Bhd, TH Bakti Sdn Bhd, TH Estates (Holding) Sdn Bhd, TH Indo Industries Sdn Bhd dan TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn Bhd.


0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?