Kaedah tradisional sememangnya sinonim dengan rawatan kesihatan tubuh. Sudah terdapat pelbagai lagi cara tradisional yang sememangnya mujarab selain daripada rawatan moden yang terdapat pada masa kini. Ia bukanlah satu keajaiban tetapi merupakan langkah 'sebenar' untuk menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan kesihatan.
Untuk meluruskan rambut secara tradisional, amalkan mencuba petua seperti dibawah. Maksud amalkan itu ialah menjadikannya satu kebiasaan ataupun kerap melakukannya. Kalau jarang-jarang buat memang la tidak mendapat hasil yang terbaik.
Petua nak luruskan rambut anda
- Ambil sebiji kelapa tua dan diparut serta diperah santannya.
- Ambil pati santan yang diperah dan dicampurkan dengan segelas air suam.
- Simpan santan di salam peti sejuk dan gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.
- Selepas itu, bilas kepala anda dengan air seperti biasa.
Amalkan rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu. Insya Allah, rambut akan menjadi lurus terurus. Lakukannya sehingga anda mendapat hasil yang terbaik.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?