PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan 28 September ini berhubung pendirian mengenai pengguguran kandungan bagi ibu dijangkiti virus Zika.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ketika ini pihaknya masih belum boleh memastikan sama ada virus Zika yang melanda Malaysia sama jenis dengan Amerika Selatan yang dilaporkan menyebabkan sindrom bayi kepala kecil (mikrocephali) dan mengalami kecacatan.
"Buat masa ini lima daripada enam kes Zika yang dilaporkan di negara ini menyamai jenis virus Zika di Singapura yang berbeza dengan Amerika Selatan.
"Selain itu berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan setakat ini kes Zika di negara ini kekal enam kes dan tiada kes baharu dilaporkan.
"Ujian yang dilaksanakan terhadap 800 sampel darah dan air kencing serta 160 nyamuk yang diambil di kawasan yang dilaporkan terdapat virus Zika menunjukkan hasil negatif," katanya.

Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Oleh Norzamira Che Noh 21 Sep, 2016
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.