Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Contoh Soalan Peperiksaan dan Rujukan

Sudahkah anda mempunyai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti? Adakah anda sudah cukup bersedia dengan peperiksaan yang bakal diadakan? Kalau sudah bersedia, saya ucapkan syabas kepada anda.


Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Contoh Soalan Peperiksaan dan Rujukan

Seperti mana yang diberitahu oleh pihak Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA) Malaysia tempoh hari, calon yang berjaya memohon untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan dipanggil untuk menghadiri satu sesi ujian bertulis untuk menapis calon yang terpilih supaya hanya yang terbaik sahaja layak diberikan jawatan ini nanti.

Punca Ramai Gagal!

Untuk makluman, SPA Malaysia baru sahaja melancarkan peperiksaan dalam talian (exam online) bagi memudahkan calon menjawab soalan peperiksaan tanpa perlu bergegas ke tempat peperiksaan sebagaimana zaman ketika saya mengambil peperiksaan SPA ini dahulu.

Menurut statistik sejak zaman 2010 sehingga kini, jumlah mereka yang gagal ketika ujian bertulis ini terlalu ramai sehingga mencecah 90% daripada jumlah calon yang mengambil peperiksaan. Angka itu mungkin amat mengejutkan anda semua tetapi itulah realitinya!


Contoh Soalan Peperiksaan PTD Gred M41 2014

Seksyen A – Pengetahuan Am
Soalan : 50 Soalan
Masa : 45 Minit

Soalan berbentuk pengetahuan am ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman calon mengenai apa yang berlaku di sekeliling khususnya di Malaysia dan isu semasa dunia. Pengetahuan am ini termasuklah informasi mengenai sumber manusia, infrastruktur, hubungan dua hala, pengurusan ekonomi dan macam-macam lagi.

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada :
I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan: A


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Soalan : 45 Soalan
Masa : 40 Minit

Soalan bagi seksyen ini agak mencabar kerana anda bakal diuji dengan soalan matematik berbentuk pengiraan, menginterpretasi data, logikal dan kemahiran membaca data daripada maklumat yang diberikan. Antara contoh soalan bagi seksyen ini adalah seperti berikut :


Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Contoh Soalan Peperiksaan dan Rujukan
Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Contoh Soalan Peperiksaan dan Rujukan

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei : Bilangan perkataan tidak dihadkan

Dalam seksyen ini, skop soalan adalah berdasarkan pandangan calon terhadap sesuatu isu ataupun permasalahan. Calon akan diberikan soalan seperti langkah-langkah pencegahan dan sebagainya dan calon haruslah menjawab soalan tersebut dengan padat, telus dan mantap. Objektif bagi soalan ini adalah untuk menguji sejauh mana kemantapan penguasaan Bahasa Melayu anda.

Tips bagi menjawab soalan ini adalah calon digalakkan untuk merangka esei anda dengan baik serta pembahagian masa anda haruslah tidak melebihi masa yang ditetapkan, esei tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek, bersesuaian dengan masa ang diperuntukkan.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Masa : 1 jam
Bilangan Soalan : Tiga (3) soalan pilih satu (1)
Panjang esei : Bilangan perkataan tidak dihadkan

Sebagaimana seksyen C, objektif soalan ini pula adalah untuk menguji kekuatan penguasaan bahasa Inggeris calon dengan menjawab satu daripada 3 soalan yang bakal diberikan nanti. 


Bagi menjawab soalan ini dengan cemerlang, calon hendaklah memilih soalan yang benar-benar dirasakan mudah untuk dijawab kerana soalan esei berbahasa Inggeris ini agak sukar bagi sesetengah calon. Oleh itu, cara jawab haruslah menepati ciri-ciri penulisan yang digariskan oleh pihak SPA bagi melayakkan anda menyandang jawatan ini.


Dapatkan Panduan Lulus Peperiksaan PTD Gred M41

Untuk menjawab soalan ini dengan baik, anda disarankan untuk mendapatkan satu panduan khas yang dikeluarkan oleh pihak Infokerjaya nanti. Memandangkan masih ramai yang gagal dalam peperiksaan seumpama ini, pihak Infokerjaya berbesar hati untuk membantu calon bagi sesi kali ini untuk lulus dengan panduan yang disediakan untuk calon sekalian.

Dalam panduan tersebut, segalanya tampak lengkap dengan koleksi soalan terdahulu beserta jawapan yang lengkap dan padat supaya anda mahir dengan jenis soalan yang bakal ditujukan nanti.

Sebagai orang yang pernah mendapatkan panduan daripada pihak Infokerjaya sendiri, saya terpanggil untuk berkongsi juga dengan anda supaya mendapatkan juga panduan ini sebaik sahaja panduan ini dikeluarkan nanti pada 25 Oktober 2014.

Anda haruslah membuat persediaan awal sebaik sahaja mendapatkan panduan tersebut terutama dengan topik soalan yang disediakan dan cara jawab soalan dengan betul mengikut skema jawapan yang diberikan supaya anda akan lebih mahir dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Panduan tersebut bukan sahaja merangkumi koleksi soalan serta skema jawapan yang lengkap malah ditambah lagi dengan nota tambahan sebagai maklumat tambahan kepada calon yang bakal mengambil peperiksaan nanti.



Bagaimana Cara Dapatkan Panduan PTD Tersebut?

Sebagaimana yang pihak Infokerjaya maklumkan kepada saya, penjualan akan dibuka pada 25 Oktober 2014 dan akan dibuka selama 5 hari sahaja sebelum penjualan ditutup pada 30 Oktober 2014!

Anda dinasihatkan untuk menjadi yang terawal kerana jualan ini adalah terkawal dari segi kuota dan hari penjualan untuk menjaga reputasi dan kualiti panduan tersebut.

Oleh sebab itu, calon dinasihatkan untuk melanggan sebagai “Waiting List” dahulu untuk mendapatkan panduan ini secara terus ke email anda nanti sebaik sahaja penjualan panduan ini dibuka nanti. Anda juga boleh bookmark page ini untuk rujukan akan datang.

Dapatkan Pakej Lengkap Rujukan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 di sini.

Perbanyakkan ulangkaji soalan yang disediakan kerana latihan yang bertubi-tubi itu adalah untuk anda membiasakan diri dengan skop soalan yang biasanya ditujukan. Semoga berjaya kepada semua calon yang terpilih.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.