Surat Buat Syamsul Yusof - KL Gangster 2

Surat Buat Syamsul Yusof - KL Gangster 2 | Hello bro! surat ni aku tulis khas untuk kau yang tengah patah hati pasal filem KL Gangster 2 kau kena sailang haritu. Kesian kesian.


Syamsul Yusof - KL Gangster 2
Syamsul Yusof - KL Gangster 2

Mungkin kau akan terfikir yang kau menyesal gila menerbitkan filem ini dek kerana dalam fikiran kau yang filem ini sudah pun musnah dengan penyebaran sebelum penayangan sebenar.

 Tapi pada aku kau silap sebenarnya, kau sedar tak yang filem kau ini sedang dipromosikan secara besar-besaran tanpa kau sedari?! 

Ya memang pada hakikatnya filem kau ini kena 'rompak' tapi kepuasan menonton filem terbaik kau ini tidak sampai sebenarnya kepada penonton yang menonton secara haram.

Sebab apa? sebab diorang tengok depan laptop, cetak rompak pun paling-paling depan tv je boleh tonton. Tak tahu lah kalau ada yang sanggup bukak tayangan perdana guna projector ke kat warung-warung. 

Satu mesej yang perlu kau tahu ialah penonton akan tetap ke panggung wayang! Percayalah cakap aku. Malah kebarangkalian yang menonton itu adalah mereka yang DAH menonton dahulu berbanding mereka yang belum tengok.



Filem kau ini memang sesuainya hanya di panggung wayang sahaja. Dengan sistem suara yang yang hebat, aksi yang menarik, tambah dengan artis seperti Rosyam Nor yang mana kita semua tahu pelakon yang hebat, Castelo!

All in all, jangan lah patah hati sampai yang frust menonggeng sangat dengan kebocoran filem kau ni. Siapa lagi yang nak buat cerita gempak macam gini. Kau berbakat, kau masih muda, masih jauh perjalanan kau Soul.

Mesti kau sendiri tahu kan penonton kat Malaysia ni dah bosan dengan cerita hantu komedi, romantik, cerita hantu semua yang macam dah lapuk. Kita semua mahukan kelainan dan kau sudah mula melakukan perubahan! 

Akan datang, tak mustahil filem Malaysia akan meningkat naik lagi kalau ada pengarah yang sanggup buat cerita dengan grafik tinggi macam Tranformers, Iron Man, Spider Man semua. 

p/s : Masalahnya tak ramai yang sanggup keluar modal besar kerana takut filem tak menjadi. Buat Syamsul, ayuh bangkit lah semangatmu, insyaallah Allah akan  tolong kau.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?