Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite? Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 dan bekas anggota Elite, Fiza, selamat bergelar pasangan suami isteri, kira-kira jam 10.30 pagi semalam. 

Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite


Gambar Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite

Pada majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini, Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin RM300 berserta sepersalinan barangan untuk solat.

Tambah Adam, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat.


Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.


Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.


Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?