Waspada Daripada Menjadi Mangsa "Blog Cloning" Melalui Sitemap

Waspada Daripada Menjadi Mangsa "Blog Cloning" Melalui Sitemap | Tajuk yang aku nak kongsikan kali ini adalah teknik KOTOR yang digunakan oleh sesetengah orang atau lebih tepat trafik hunter dengan teknik blog clonning.


Waspada Daripada Menjadi Mangsa "Blog Cloning" Melalui Sitemap
Banyaknyaa bayi

Pada dasarnya, teknik ni digunakan untuk mengklon blog orang lain dengan istilah yang lain MENCURI isi kandungan blog tersebut tanpa perlu copy paste yang selalu dah blogger lain guna. Cis tak guna!

Aku menaip dengan agak bengang kali ini apabila duit aku lebur untuk benda bodoh macam gini. Sebenarnya aku saja cari kat google teknik tentang  tingkatkan trafik dan aku terjumpa seorang mamat ni menjual teknik rahsia la konon dengan cas yang tidak la mahal.

Teknik Blog Clonning Yang Mencuri Isi Kandungan Blog Orang Lain

Sebelumnya, aku minta maaf bahawa aku takan kongsi teknik ini. Apa yang pasti teknik ini menggunakan sitemap sesuatu blog itu untuk diklon dan dibuat satu blog baru yang penuh dengan entri post anda.

Seperti mana yang korang tahu, kebiasaanya blog yang menjadi mangsa ialah blog yang berkisarkan politik, tutorial, gosip artis dan apa juga niche yang popular.

Aku tak menyesal beli ebook tersebut tetapi aku bengang dengan cara yang dia gunakan. Mencuri isi kandungan blog orang lain itu adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan saman kalau korang rasa korang patut saman.

Aku juga nak minta maaf, aku bukan nak rosakkan perniagaan mamat ni, tetapi cukuplah aku bongkarkan teknik kotor ini. Walaupun ia menggunakan istilah jual beli yang dianggap sumber rezeki korang, ini adalah salah dan hukumnya ialah HARAM. 

Langkah Untuk Mencegah Blog Clonning

Seperti mana yang aku bagitahu, target blog clonning ni ialah blog yang mempunyai niche popular dan hangat. Jadi aku sarankan :

1. Bertukar kepada platform wordpress. Kenapa? Sebab wordpress lebih secure dan lebih baik menggunakan hosting sendiri kerana Self-hosted lebih terjamin keselamatan blog anda daripada dipadam oleh Google atau menjadi mangsa seperti ini.

2. Jauhi daripada menulis niche yang popular. Bukan maksud aku tak boleh, tetapi kalau anda rasa nak kena klon blog tu, silakan. Macam yang aku cakap la, bertukar kepada wordpress, itu pun kalau korang sayang dengan blog hasil penulisan korang tu.

UPDATE! 
3. Banyakkan guna internal link dalam setiap posting anda supaya jika kena klon pun tetap ada backlink ke blog kita dan secara tidak langsung menjana trafik percuma.

4. Selitkan program affiliate supaya entri promosi affiliate itu secara tidak langsung menjadi viral dan siapa tahu boleh menjana wang tambahan kepada kita hasil jualan daripada link affiliate kita itu.

Mesti korang pelik, kenapa aku beli ebook yang mengarut macam tu. Pada aku, niat aku mencari ilmu, duit bukan masalah. Sekurang-kurangnya aku dapat bantu orang lain daripada tertipu dan menjadi mangsa seterusnya.

Berhati-hati lah, sudah pasti ebook itu sudah banyak terjual dan semakin ramai yang menjadi mangsa. Abaikan penulisan ini jika anda tidak concern dengan blog kesayangan anda. Mungkin aku juga antara mangsa seterusnya.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?