stress sampai terbakar laptop. Anda mampu?
Anda pekerja pejabat? anda seorang pelajar? anda seorang blogger terbaik? ketahuilah stress boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira apapun karier anda. Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan beberapa tips ataupun cara untuk menghilangkan stress yang boleh diamalkan.
Cara Menangani Masalah Stress
1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor. Jangan berseorangan kerana itu akan lebih membuatkan diri anda sepi seorang diri.
2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya. Mohon ketenangan hati dan petunjuk.
3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru. Ini bertujuan supaya anda tidak bosan melihat suasana yang sama.
6. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
7. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
8. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
9. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
10. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
Dengan kaedah ini, semoga sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan stress anda sekaligus menjadikan hidup anda lebih ceria selalu. Anda ada cadangan yang lain? mungkin boleh dikongsi bersama di ruangan komen dibawah.
Bagaimana Pula Pandangan Anda?
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.