Botakkan Kepala Kerana Isteri Lumpuh

Botakkan Kepala Kerana Isteri Lumpuh | Pelakon era 1990-an Edika Yusof mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas.

Edika Yusof

Khabarnya, dia telah bernazar selagi isterinya itu tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.

Pelakon Pelumba Malam dan Maria Mariana ini berkata, nazar itu bukanlah sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Apa yang membanggakan aku ialah kesetiaan kepada isterinya untuk terus bersama walauapa jugak keadaan menarik minat aku supaya membuat entri ini.

Semoga keajaiban berlaku supaya isterinya boleh sembuh dan berjalan kembali tanpa bantuan kerusi roda. Kepada pembaca wanita sekalian, carilah bakal suami yang benar-benar boleh menjaga anda tak kira apa jua keadaan anda.


 Paras rupa itu hanya subjektif, bila-bila sahaja tuhan boleh tarik balik nikmat kecantikan dan kehenseman tu. Jadi jangan lah berbangga dengan apa yang kita miliki, itu bukan milik kita. Tetapi banggalah dengan kekurangan diri kerana itulah milik kita sebenarnya. Renungkan.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?