Shila Hamzah dan Asian Wave Award 2012

Shila Hamzah dan Asian Wave Award 2012 | Kemenangan Shila Hamzah pada Asian Wave Award 2012 tempoh hari terus menjadi sebutan orang ramai. Pertandingan yang berlangsung di Shanghai, China pada Khamis lepas telah menobatkan beliau selaku artis Malaysia yang boleh menyanyikan lagu mandarin.


Shila Hamzah dan Asian Wave Award 2012

Apa yang lebih membanggakan bagi penyanyi ini ialah beliau menyanyikan 3 buah lagu yang berlainan bahasa iaitu Gemilang - Jaclyn Victor, Grenade - Bruno Mars dan satu lagu mandarin bertajuk 'Zheng Fu'  - Na Ying. 

Shila Hamzah juga menerima tepukan gemuruh apabila namanya disebut-sebut ketika penentuan siapa bakal juara kali ini. Jelas penonton yang melihat konsert dan persembahannya itu teruja dengan nyanyiannya dan kebolehan menyanyikan lagu mandarin dengan fasih.

Beliau yang baru tiba di KLIA menjelaskan konsep membawakan lagu dengan pelbagai bahasa itu menunjukkan keunikan dan keindahan Malaysia yang terdapat rakyat berbilang kaum.

Pertandingan itu juga turut membariskan penyanyi dari serantau Asia meliputi negara-negara seperti Thailand, Singapura, China, India dan Korea Selatan.


“Dalam dunia ini, apa jua pekerjaan, kita jangan pernah putus asa. Walaupun kadangkala perlu menunggu untuk satu tempoh yang lama, namun apabila kejayaan dapat dikecapi, ia amat berbaloi,”

Perkara yang paling indah baginya ialah apabila para juri juga melabel beliau sebagai 'Superstar' baharu semasa pengumumannya sebagai juara. Tahniah Shila Hamzah di atas kemenangan di Asian Wave Award 2012.


credit gambar : murai.com.my

1 comment... add one now

Ramzi Ramzi27 September, 2012
Selamat atas kemenangannya dan selamat pada Malaysia...

Bagaimana Pula Pandangan Anda?