Abby Abadi 'menggeletar' Malu Dengan Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Abby Abadi 'menggeletar' Malu Dengan Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Hujung minggu lalu, satu program agama telah diadakan dan Ustaz Azhar Idrus(UAI) dijemput sebagai panel hakim utama.


Abby Abadi 'menggeletar' Malu Dengan Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Dalam majlis itu, beberapa artis juga turut hadir dalam program itu termasuklah Abby Abadi, Faizal Tahir dan juga Man Raja Lawak.

Umum sedia maklum UAI sering memasukkan lawak jenaka dalam ceramahnya bagi menarik ribuan hadirin yang mendengar ceramah beliau itu.

Namun, terjadi sebuah kisah bermula dengan Abby Abadi bertanyakan soalan berkaitan penghijrahan artis dan soalan berkaitan keaagamaan.

Ustaz Azhar Idrus menegaskan penghijrahan kepada yang lebih baik itu adalah suatu kemestian bagi umat islam dan menjadikan orang lain suka dengan perubahan tersebut.


“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan baru. Nombor satu kita kena jaga, jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Belum selesai Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan itu, Abby Abadi secara tiba-tiba mencelah lalu menjawab :

“Ustaz nak tuduh saya yek. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” celah Abby Abadi.

 Apa yang menjadi persoalan ialah, mengapa Abby berasa tertuduh dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus itu sedangkan keterangan UAI itu terang-terang dijawab secara umum tanpa menyatakan siapa individu khusus.

'Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas!' Abby Abadi secara tiba-tiba menjadi malu dan serba tak kena lalu bertindak spontan menjerit-jerit bagi meng'cover' line ketika berada di atas pentas ceramah.

Bagi siapa yang selalu hadir mendengar ceramah UAI atau menontonnya di youtube pastinya tahu akan mesej direct yang disampaikan oleh beliau.

Sebagai contoh juga, Zizan tetap cool apabila ditegur oleh UAI ketika satu sesi perjumpaan dengannya dan mengambil positif kata-kata ustaz kepadanya.

Berbeza dengan Abby Abadi ini, dia bagaikan tidak beradab selaku orang yang mengajukan soalan kerana mencelah jawapan yang belum habis itu.

Alangkah baiknya jikalau dia mendengar dahulu jawapan ustaz dan bersikap terbuka jika ditegur oleh ustaz tentang apa yang ingin disampaikan. - Abby Abadi 'menggeletar' Malu Dengan Jawapan Ustaz Azhar Idrus

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?