Minimum CGPA 2.8 Dijanjikan Tempat di IPTA

Minimum CGPA 2.8 Dijanjikan Tempat di IPTA? Pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013.


Mereka dijanjikan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di universiti tempatan yang terpilih dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

 "Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini. - BERNAMA


Minimum CGPA 2.8 Dijanjikan Tempat di IPTA

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.