Peringatan Buat Najwa Latif!

najwa latiff

Najwa Latif, artis baru yang popular melalui laman Youtube terus mengorak langkah dengan album terbarunya. Single pertamanya, Cinta Muka Buku, telah mempopularkan namanya. Namun, sejak awal pembabitan Najwa Latif sebagai penyanyi, wujud segelintir pihak yang mempersoalkan tentang gubahan muziknya yang didakwa sebagai terlalu santai dan tidak matang.


Selain itu, cara dia berfesyen juga menjadi kritikan. Bermula dengan persembahan pada Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM18) sehingga kemunculannya dalam sebuah acara hiburan baru-baru ini, fesyen yang digayakan Najwa meraih kritikan negatif.

Dia dikatakan telah menjadi mangsa fesyen dalam setiap majlis hiburan yang dihadirinya.
Biar sering dikritik, namun itu tidak membuat dia kurang tawaran membuat persembahan atau menerima tawaran menjadi duta. Terkini, Najwa telah dilantik untuk menjadi duta sebuah portal pembelajaran, Uniqliq Sdn. Bhd.
"Saya berasa seronok kerana telah diberi tanggungjawab untuk menjadi duta Uniqliq. Sebenarnya sebagai seorang pelajar, saya sendiri selalu menggunakan portal sebagai salah satu alternatif pembelajaran. Maka apabila saya menjadi duta mereka, saya akan lebih kerap manfaatkan portal untuk mengulang kaji. Selain itu, saya juga dapat mengajak rakan-rakan sebaya untuk menggunakan kaedah pembelajaran melalui portal Uniqliq."
Banyak komen tentang kritikan terhadap cara Najwa Latif ni berfesyen. Banyak yang berpendapat, cara dia berfesyen tidak sesuai dengan usia dan kelihatan canggung. Ada gosip mendakwa dia sebenarnya cerewet dalam memilih fesyen, tidak mahu terima cadangan pereka fesyen untuknya. Malah kalau dia tidak suka, dia akan tukar sendiri fesyen yang sudah diberikan. Namun Najwa tenang menjawab persoalan tersebut. 
"Saya bukan lahir dari keluarga yang tahu mengenai fesyen. Saya sendiri lebih selesa dengan jean, baju-T, baju sejuk dan tudung bawal bila keluar rumah. Jadi, mungkin fesyen merupakan salah satu kelemahan saya. Tapi, saya akan cuba memperbaiki diri saya. Kritikan seperti ini saya ambil sebagai peringatan dan berubah untuk menjadi lebih baik.
Oleh kerana tidak arif dalam bidang ini, saya memberi sepenuh kepercayaan kepada pereka fesyen. Mereka tahu apa yang saya mahukan. Apa yang saya atau kakak saya selalu pentingkan sudah tentu kesesuaian fesyen dengan penampilan saya yang bertudung ini."
"Menyentuh tentang lirik, orang yang layak menjawab soalan tersebut sudah tentu kakak saya kerana dia yang menulis lirik tersebut. Bagi saya, lirik lagu Kosong ada pelbagai maksud dan boleh diletakkan dalam pelbagai situasi, bergantung bagaimana kita melihat sisi lirik lagu tersebut. Ia sebenarnya juga mengenai pengalaman hidup dan saya menganggap lirik ini sebagai pembakar semangat supaya kita tak mudah putus asa dan kejar cita-cita kita walaupun orang sekeliling cuba untuk meruntuhkan semangat kita."
Najwa Latif baru sahaja muncul dengan album mini baharu yang berjudul Najwa Latif dan boleh didapati di kedai muzik yang berdekatan dengan harga RM19.90. Terdapat lima buah lagu dalam album mini tersebut termasuklah Cinta Muka Buku, Carta Hati dan Kosong serta dua lagu baru iaitu I Love You dan Sahabat. Dia juga sudah mula berehat daripada melakukan persembahan kerana ingin memberi fokus terhadap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dia duduki pada tahun ini.

3 comments.. read them below or add one

Razil Tahir Razil Tahir25 April, 2012
Ala... biarlah.. asalkan dia selesa... :)
Admin Admin25 April, 2012
HAHA .. kesian Najwa Latif ni kann .. tak pasal2 banyak kes .. erkk ..
luthfi luthfi29 November, 2014
anggap kritikan sebagai acuan untuk lebih maju

Bagaimana Pula Pandangan Anda?