Keputusan Chelsea vs Barcelona Semi Final Liga Juara-Juara 2012

England atau Spanyol? Chelsea atau Barcelona? itulah dua pasukan dari dua buah negara yang akan berlawan sesama sendiri nanti pada awal pagi khamis tepat pukul 2.45 pagi. Chelsea  yang merupakan satu-satunya wakil tunggal dari England terus memburu slot ke final dalam misi menjadi juara buat pertama kalinya dalam sejarah Chelsea!

champions league2012

Penggempur Barcelona yang telah menjaringkan 41 gol dalam saingan liga tampak liat untuk dijinakkan tetapi dalam bola sepak tiada apa yang mustahil! bukti? ketika semi final 2009, kemenangan Chelsea dinafikan pengadil yang berat sebelah memberi banyak kelebihan untuk Barcelona menjaringkan gol di minit-minit terakhir perlawanan.

Keputusan Chelsea vs Barcelona Semi Final Liga Juara-Juara 2012

Chelsea : Barcelona
1:0
D. Drogba 45"

Ringkasan Perlawanan

ringkasan perlawanan chelsea vs barcelona

Kehebatan pasukan Barcelona memang tidak dapat disangkal lagi apabila terus membuat serangan sepanjang perlawanan berlangsung. Namun, semangat dan disiplin yang tinggi para pemain Chelsea dapat mengekang asakan pihak lawan dan hanya melakukan counter attack jika peluang terhidang.

Pada babak pertama berlangsung, Barcelona membuat hantaran dan peluang terbaik hadir ketika Alexis Sanchez dapat menewaskan Peter Cech namun bola terkena palang. Deretan percubaan ke kubu Chelsea terus gagal apabila rembatan kencang Xavi yang sememangnya meluru ke gawang gol dapat ditepis oleh Ashley Cole!

Di penghujung perlawanan babak pertama, serangan balas daripada Chelsea hasil hantaran lintang Ramires tepat kepada Didier Drogba dan terus disempurnakan peluang tersebut dengan bergayanya menewaskan Valdes. Chelsea mendahului 1-0 pada akhir babak pertama.

Bermula babak kedua, Barcelona terus membuat asakan dan serangan lagi namun defend Chelsea yang diketuai John Terry disiplin terus mengawal ketat serangan tersebut. Percubaan terbaik hadir ketika Messi meluru bola ke Andre Iniesta namun gagal disempurnakan untuk gol pertama pasukannya.

Messi sekali lagi membuat tandukan berbisa apabila hantaran Dani Alves ditanduk kemas namun Cech sekali lagi dapat menyelamatkan keadaan genting itu. Sepakan bebas yang diambil oleh Messi juga menuju tepat ke arah Puyol untuk menggegar gawang Chelsea namun Cech terus mempamerkan aksi hebat menyelamatkan bola keluar.

Di akhir minit perlawanan, Barcelona membuat percubaan dengan lebih berhati-hati untuk mencari gol penyamaan dan peluang terbaik hadir ketika keadaan huru-hara membuatkan cemas seketika sewaktu bola meluru ke gol Chelsea namun palang sekali lagi menjadi penyelamat. Masa tamat, Chelsea 1 Barcelona 0.

#Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan timba balik antara Real Madrid vs Bayern Munich dan Barcelona vs Chelsea. Sila rujuk jadual perlawanan di sini.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?