Kakak Najwa Latif Balas Kritikan Peminat?

Artis baru remaja popular yang semakin meningkat naik di persada industri tanah air, Najwa Latif terus dilanda kritikan pedas peminat apabila kakaknya mula "ikut campur" urusan adiknya itu. Baru-baru ini heboh diperkatakan bahawa kakaknya semakin over mengalahkan adiknya itu sendiri lantaran kritikan yang diterima beliau terhadap adiknya itu.

siapakah dia?

Memang tidak disangkal lagi bakat dan kreativiti kakaknya itu dalam membuat karya lagu menjadi pencetus kepada populariti Najwa Latif sendiri. Tetapi setiap kritikan yang dilemparkan seharusnya diambil iktibar dan bukannya cepat melenting.

Sumber yang diambil daripada beautifulnara.com menyatakan ada peminat yang meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada pengkritik adiknya, (tidak dinyatakan siapa artis tersebut) dengan membalas segala tohmahan yang dilemparkan melalui twitternya. Jom usha email beliau.

Email Dari Seorang Peminat Yang Tidak Puas Hati Dengan Artis Tidak Boleh Terima Kritikan?

Dia asyik kemas kini twitter cam ayat tak puas hati dengan kritikan orang kepada *****. Saya rasa sepatutnya dia tak boleh la nak kutuk org yang kritik adik dia tu. Sepatutnya die tweet je la yang elok-elok pasal adik dia, bukan nak tweet untuk balas balik kritikan tu. Sepatutnya juga dia kena la sedar hidup dalam dunia artis memang la macam tu. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Ini tentang karier adik dia juga. Kalau dia asyik nak balas balik kritikan orang ke atas adik dia tu, nanti lama-lama peminat ***** pun boleh kurang disebabkan kakak dia yang over tu. Saya tengok ***** tu tak ada pun nak over-over macam tu.Seperti yang sedia maklum yang kakak ****** ni juga merupakan penulis lirik lagu-lagu *****. Tapi dia kena ingat, yang perform tu adalah *****. Dia juga kena jaga nama baik ******. Saya amat kagum dan respect kepada keluarga Elfira Loy. Adik-adik dia pun berdarah seni juga. Sebagai contoh, tak ada pun Elfira sibuk atau balas kritikan-kritikan atau kutukan ke atas adik-adik dia dan sebaliknya juga. Mereka nampak matang sangat. Kalau nak dibandingkan dengan umur, kakak ***** tu kan dah besar. Saya harap benda ini tidak berlarutan kerana ia melibatkan populariti ***** tu. Saya juga merupakan peminat ******. Tapi agak terkilan dengan sikap kakak dia yang terlalu suka membalas kritikan itu. Dah la ayat dia perghhhhh tak menahan.
Adakah email di atas ditujukan kepada kakak Najwa Latif? Hanya empunya badan mengetahuinya. Berdasarkan apa yang ditulis oleh peminat ini, benar juga apa yang diperkatakan. 

Bukan mudah untuk menjalani hidup sebagai seorang penghibur ini apatah lagi di usia yang masih mentah. Banyak perkara harus dipelajari supaya anda menjadi seorang yang lebih matang kelak.

0 comment... add one now

Bagaimana Pula Pandangan Anda?